awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utara Gaza terputus daripada perkhidmatan kesihatan, bantuan - Pertahanan Awam

Bernama
Bernama
16/11/2024
00:30 MYT
Utara Gaza terputus daripada perkhidmatan kesihatan, bantuan - Pertahanan Awam
Penduduk Palestin berkumpul di salah satu kawasan yang diserang Israel, laman Hospital Al-Aqsa, di mana orang ramai tinggal di dalam khemah, di Deir al-Balah, Semenanjung Gaza, 9 Nov 2024. (Foto AP)
BANDARAYA GAZA: Pertahanan Awam Palestin di Gaza melaporkan pada Jumaat bahawa operasinya di utara Gaza terpaksa dihentikan selama 24 hari, menyebabkan ribuan penduduk terputus perkhidmatan perubatan atau bantuan kemanusiaan berikutan serangan berterusan Israel, menurut laporan Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Pertahanan Awam berkata pada 24 Okt lepas, pasukan tentera Israel menyasarkan anggota mereka di utara Gaza, merampas kenderaan, memaksa kebanyakan petugas berpindah ke kawasan tengah dan selatan semenanjung itu dan menahan 10 staf.
Agensi itu menyeru organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk segera menangani kesengsaraan ribuan orang awam yang terperangkap di utara Gaza akibat serangan Israel yang berterusan.
Pertahanan Awam juga menggesa tindakan segera untuk memulihkan operasi mereka dan mengaktifkan semula kenderaannya di Beit Lahia.
Sejak 5 Okt, tentera Israel melancarkan pencerobohan darat di utara Gaza, dengan alasan bertujuan menghalang kumpulan pejuang Palestin, Hamas daripada kembali membina kekuatan di kawasan itu. Bagaimanapun, pegawai Palestin mendakwa bahawa Israel berniat untuk merampas utara Gaza dan menjadikannya zon penampan dengan memaksa penduduknya berpindah.
Serangan Israel sejak 7 Okt 2023 telah meragut lebih 43,700 nyawa dan menyebabkan Semenanjung Gaza hampir tidak dapat didiami.
Serangan berterusan itu telah menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu terpaksa berpindah, selain menghadapi sekatan yang menyebabkan kekurangan akut makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#penduduk terputus perkhidmatan perubatan
#bantuan kemanusiaan
#Pertahanan Awam Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan