awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial

Bernama
Bernama
04/02/2026
11:30 MYT
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Fadillah berkata tawaran itu dibuat secara sama rata kepada semua pemegang saham IJM dan bukan urus niaga yang dirundingkan dengan mana-mana pemegang saham tertentu, termasuk PNB. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan menilai Tawaran Am Sukarela (Voluntary General Offer) oleh Sunway Bhd terhadap IJM Corporation Bhd berdasarkan pertimbangan komersial, risiko tawaran, tadbir urus serta keuntungan pelaburan dan pelan strategik Sunway selepas pengambilalihan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tawaran itu dibuat secara sama rata kepada semua pemegang saham IJM dan bukan urus niaga yang dirundingkan dengan mana-mana pemegang saham tertentu, termasuk PNB.
"Sebagai salah satu pemegang saham IJM, PNB hanyalah penerima tawaran, berada pada kedudukan yang sama seperti pemegang saham yang lain dan hanya akan menilai tawaran itu selepas dokumen tawaran dikeluarkan secara rasmi.
"PNB akan menilai tawaran itu dengan mengambil kira aspek-aspek komersial seperti nilai tawaran berbanding nilai intrinsik, keuntungan pelaburan dan pelan strategik selepas pengambilalihan, selain risiko tawaran dan proses tadbir urus," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Fadilah berkata demikian bagi menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkenaan pengambilalihan IJM Corporation Bhd oleh Sunway Bhd.
Pada 12 Jan lepas, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM Corp pada harga tawaran RM3.15 sesaham, melibatkan jumlah pertimbangan kira-kira RM11.0 bilion, yang akan diselesaikan melalui gabungan tunai dan penerbitan saham biasa baharu dalam Sunway.
Fadillah berkata sebarang keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran akan dibuat secara bebas dan tertakluk kepada proses tadbir urus serta kelulusan dalaman PNB.
"Tawaran daripada Sunway hanya akan berjaya jika lebih daripada 50 peratus pemegang saham IJM menerima tawaran berkenaan, manakala sebagai pemegang saham minoriti IJM dengan pegangan kurang daripada 13.5 peratus, PNB tidak dapat mempengaruhi sama ada tawaran Sunway akan berjaya atau tidak.
"Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan biasa pasaran modal, di mana sesuatu Tawaran Am Terbuka dinilai secara individu oleh setiap pemegang saham," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IJM
#Sunway
#PNB
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan