awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utusan Khas AS yakin rundingan gencatan senjata Gaza hampir dimuktamadkan

Agensi
Agensi
09/07/2025
00:20 MYT
Utusan Khas AS yakin rundingan gencatan senjata Gaza hampir dimuktamadkan
Witkoff turut memaklumkan, perjanjian itu bakal menyaksikan pembebasan 10 tebusan rakyat Israel serta pemulangan sembilan mayat, dan yakin ia boleh membuka laluan kepada keamanan berkekalan di Gaza. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan harapan tinggi bahawa satu perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dapat dimuktamadkan menjelang hujung minggu ini, selepas kemajuan ketara dicapai dalam rundingan yang berlangsung di Doha.
Utusan Khas Presiden AS, Steve Witkoff berkata, hanya tinggal satu isu utama masih belum diselesaikan daripada empat isu yang dibincangkan dalam rundingan tidak langsung yang memasuki hari ketiga.
“Kami kini dalam fasa rundingan tidak langsung, dan daripada empat isu, hanya tinggal satu yang masih belum dimuktamadkan. Kami optimis satu perjanjian akan dicapai sebelum hujung minggu ini,” katanya kepada media di White House, di sini, pada Selasa.
Gencatan senjata 60 hari dan pembebasan tebusan
Witkoff turut memaklumkan, perjanjian itu bakal menyaksikan pembebasan 10 tebusan rakyat Israel serta pemulangan sembilan mayat, dan yakin ia boleh membuka laluan kepada keamanan berkekalan di Gaza.
Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang kini berada di Washington berkata, Israel masih belum menamatkan operasinya di Gaza namun rundingan ke arah gencatan senjata sedang giat dijalankan.
Netanyahu turut menghadiri jamuan malam bersama Presiden Donald Trump pada Isnin dan dijangka mengadakan pertemuan kedua di White House pada hari yang sama.
“Kami akan berbincang hampir sepenuhnya mengenai Gaza. Ia satu tragedi yang perlu ditamatkan. Netanyahu mahu selesaikannya, saya juga mahu,” kata Trump dalam mesyuarat Kabinet.
Qatar sahkan rundingan sedang berlangsung di Doha
Qatar, yang menjadi antara negara pengantara utama bersama Mesir dan Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa wakil Hamas dan Israel kini berada di Doha bagi membincangkan rangka kerja perjanjian.
“Ketika ini wujud keterlibatan positif antara kedua-dua pihak. Pasukan pengantara dari Qatar dan Mesir sedang bekerja siang dan malam untuk mencari kesepakatan,” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Israel-Hamas
#israel serang gaza
#gencatan senjata
#Utusan Khas AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan