awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin AstraZeneca: Individu bawah 30 tahun perlu ditawar alternatif - JCVI

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2021
01:01 MYT
Vaksin AstraZeneca: Individu bawah 30 tahun perlu ditawar alternatif - JCVI
MHRA sedang mengkaji masalah kemungkinan hubungan antara vaksin AstraZeneca dan pembekuan darah yang jarang berlaku. - Foto fail
LONDON: Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi Britain (JCVI) mengesyorkan individu yang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca harus diberikan dos kedua vaksin yang sama mengikut jadual ditetapkan.
Pengerusinya, Profesor Wei Shen Lim berkata, individu berusia antara 18 hingga 29 tahun tanpa masalah kesihatan perlu ditawarkan suntikan alternatif lebih baik daripada vaksin AstraZeneca sekiranya ia tersedia.
Menurut Pengerusi JCVI, Professor Wei Shen Lim, maklumat yang diberikan kepada penerima vaksin dan maklumat yang diberikan kepada petugas kesihatan harus sentiasa dikemaskini.
"Mereka yang menerima dos pertama vaksin AstraZeneca harus diberi dos kedua vaksin tersebut.
"Selain itu mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun yang tidak mempunyai masalah kesihatan harus ditawar vaksin selain daripada AstraZeneca," katanya.
Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) berkata, ketika ini pihaknya sedang mengkaji masalah kemungkinan hubungan antara vaksin AstraZeneca dan pembekuan darah yang jarang berlaku.
Pada masa sama, agensi itu menyatakan vaksin Pfizer dan Moderna harus ditawarkan kepada individu berusia di bawah 30 tahun.
Ketua MHRA berkata, manfaat vaksin AstraZeneca terus melebihi risiko bagi sebahagian besar rakyat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#UK
#dos
#Pfizer
#Moderna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan