awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin AstraZeneca: Kematian pertama di Kanada susulan pembekuan darah

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2021
22:53 MYT
Vaksin AstraZeneca: Kematian pertama di Kanada susulan pembekuan darah
Petugas kesihatan menyediakan dos vaksin AstraZeneca COVID-19 untuk suntikan di sebuah pusat vaksinasi di Ronquieres, Belgium, 6 April, 2021. - Gambar fail REUTERS
KANADA pada Selasa melaporkan kematian pertama kesan daripada masalah pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Negara itu sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya lima kes pembekuan darah setelah diberi suntikan vaksin.
Kes melibatkan seorang wanita berusia 54 tahun di Quebec.
Namun, perkhidmatan kesihatan negara umum akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca.
Ini kerana, ia mengambil kira manfaat vaksin melebihi risiko.
Kes kematian ini bagaimanapun tidak akan mengubah pelan vaksinasi di Kanada.
Menteri Kesihatan Quebec Christian Dubé menyatakan, wilayah itu telah memberi vaksin AstraZeneca kepada sekitar 400,000 orang.
Ketika berdepan dengan gelombang ketiga COVID-19, beberapa wilayah di Kanada termasuk Ontario yang mempunyai populasi terbesar menawarkan vaksin AstraZeneca kepada individu berusia 40 tahun dan ke atas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#AstraZeneca
#vaksin
#kematian
#Kanada
#pembekuan darah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan