LEBIH 3.95 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.58 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 446 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 342 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun merekodkan lebih 81 juta dos didaftarkan sementara Perancis lebih 69 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 65.4 juta, jauh meninggalkan negara lain diikuti Malaysia  dengan 18.94 juta dos.

Manakala Filipina lebih 17 juta dos dan Thailand lebih 15 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos didaftarkan.