LEBIH 5.73 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Selasa.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.14 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti india sebanyak 758 juta dos  manakala Amerika Syarikat dengan lebih 379 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 212 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 145 juta dan 104 juta dos vaksin.

Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 116 juta dos, diikuti Thailand 40.2 juta.

Malaysia dan Filipina dengan lebih 39 juta dos vaksin, sementara Singapura dengan 9 juta dos vaksin.