DOS vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa melebihi 7.63 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.48 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.23 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 454 juta dos vaksin.

Jepun catat lebih 196 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 120 juta.

Manakala Jerman, Mexico dan Perancis catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 234 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 92 juta, manakala Filipina 78 juta dan Malaysia melebihi 53 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin didaftarkan.