DOS vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa melebihi 9.81 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.87 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.67 bilion dos, Amerika Syarikat dengan lebih 532 juta dos dan Brazil lebih 354 juta.

Jepun mencatat lebih 203 juta dos didaftarkan, sementara Turki, Jerman dan Mexico melebihi 100 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 307 juta dos.

Ini diikuti Filipina dengan 123 juta dan Thailand lebih 112 juta sementara Malaysia 62 juta.

Singapura setakat ini sudah melebihi 11.8 juta dos vaksin didaftarkan.