BRUSSELS: Dalam usaha bersama meningkatkan kadar imunisasi COVID-19, Kesatuan Rropah berjaya mengedarkan lebih 1 bilion dos vaksin ke seluruh dunia.

Menurut Presiden Suruhajaya EU, Ursula von Der Leyen, vaksin telah diedarkan kepada 150 negara, menjadikan EU dengan 27 negara, anggota blok terbesar di seluruh dunia yang berkongsikan vaksin.

Ini termasuk penghantaran ke Jepun, Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

Malah katanya, selain daripada pengedaran tersebut, EU akan mendermakan sekurang-kuranya 500 juta dos kepada negara-negara berpendapatan rendah dan miskin yang terkesan teruk akibat COVID-19.

"Apa yang penting adalah kita mengedarkan kira-kira 87 juta dos kepada negara-negara berpendapatan rendah dan miskin melalui COVAX.

"Jadi kami sudah melaksanakan perjanjian kami. Kami sentiasa berkongsikan penghasilan vaksinasi dan pengedaran sama rata di seluruh dunia.

"Kami sudah menyatakan sebelum ini, setiap dos kedua yang dihasilkan EU akan diedarkan dan kita sudah mencapai pencapaian penting yang mana kita sudah mengeksport satu bilion dos vaksin ke seluruh dunia dan rakyat Eropah," katanya.

Beliau pada masa menggesa negara-negara lain untuk meningkatkan usaha mereka juga.

Ketika ini, dengan usaha bersama Amerika Syarikat, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 70 peratus kadar vaksinasi global menjelang tahun hadapan.

Untuk rekod, ketika ini berdasarkan data yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 47.6 peratus populasi global sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.