awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: FDA bincang beri vaksin kepada golongan 5 hingga 11 tahun

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2021
00:33 MYT
Vaksin COVID-19: FDA bincang beri vaksin kepada golongan 5 hingga 11 tahun
FDA akan mengadakan perbincangan untuk mengkaji data mengenai pemberian vaksin Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak. -Gambar hiasan
WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat akan mengadakan perbincangan pada bulan ini untuk mengkaji data mengenai vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak.
Dalam masa yang sama, FDA turut akan bincangkan mengenai kelulusan dos penggalak daripada vaksin Moderna dan Johnson & Johnson.
Pengumuman FDA pada Jumaat itu susulan pihak berkuasa kesihatan berusaha mengurangkan kemungkinan peningkatan kes pada musim luruh dengan sekolah-sekolah kembali dibuka semula di seluruh negara.
Panel Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan (VRBPAC) FDA akan mengadakan mesyuarat pada 14 Oktober untuk membincangkan dos tambahan vaksin Moderna dan Johnson & Johnson keesokan harinya.
Kata FDA, VRBPAC akan membincangkan pengesahan vaksin Pfizer COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada 26 Oktober.
Bulan lalu, agensi itu membenarkan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech untuk golongan dewasa yang lebih tua dan beberapa individu yang berisiko tinggi mendapat penyakit.
Kira-kira 4 juta individu telah menerima dos penggalak setakat Khamis.
Panel juga akan mengkaji data mengenai penerimaan dos penggalak daripada vaksin berbeza daripada yang digunakan dalam siri vaksin awal, yang disebut sebagai penggalak "campuran".
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pfizer-BioNTech
#FDA
#vaksin untuk kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan