awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"
Ahmad Zahid, beberapa menteri ajak umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj
JKKP N. Sembilan siasat lanjut insiden kebocoran gas amonia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Insiden kebakaran di pusat vaksin satu tindakan keganasan

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2021
23:03 MYT
Vaksin COVID-19: Insiden kebakaran di pusat vaksin satu tindakan keganasan
Kejadian tersebut berlaku awal pagi Isnin di bandar Zamosc. - Foto APTV
ZAMOSC: Kerajaan Poland menyifatkan insiden kebakaran di sebuah pusat pemberian vaksin COVID-19 sebagai satu tindakan keganasan.
Menurut Menteri Kesihatan, motif kebakaran tersebut tercetus oleh seorang suspek yang dipercayai mahu menghentikan pemberian vaksin.
"Ia merupakan satu tindakan keganasan. Tindakan keganasan yang bukan sahaja menyasarkan terhadap petugas kesihatan di pusat ini, malah tindakan keganasan terhadap negara.
"Mengapa? Tujuan serangan berkenaan adalah untuk mengurangkan kadar vaksinasi, dan melengahkan vaksinasi menjelang gelombang keempat pandemik yang hanya membawa kepada satu makna, risiko sekatan, risiko tambahan sekatan dan menyebakan impak terhadap emosi orang ramai," katanya.
Kejadian tersebut berlaku awal pagi Isnin di bandar Zamosc.
Keadaan di dalam sebuah pusat vaksin yang dibakar dipercayai oleh seorang lelaki. - Foto APTV
Keadaan di dalam sebuah pusat vaksin yang dibakar dipercayai oleh seorang lelaki. - Foto APTV
Susulan kejadian, pihak polis mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang suspek lelaki sebelum kejadian berlaku.
Kerajaan kini dalam usaha untuk memperketatkan undang-undang terhadap serangan yang berlaku di pusat pemberian vaksin termasuk ke atas petugas kesihatan selepas beberapa kejadian seumpamanya berlaku.
Sebelum ini, sekumpulan antivaksin mengadakan demonstrasi dan menyerang petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin di bandar Gdynia.
Satu lagi kejadian melibatkan aktiviti pecah masuk berlaku di bandar Warsaw.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pusat vaksin
#kebakaran
#keganasan
#petugas kesihatan
#antivaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan