awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konsert Legacy 30 terus hangat diperkatakan, Siti Nurhaliza kekal berjiwa besar terima kritikan
Mangsa banjir di Sarawak terus berkurang
Indonesia saman enam syarikat, tuntut lebih AS$200 juta susulan kerosakan alam sekitar di zon banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"

Agensi
Agensi
16/01/2026
23:10 MYT
Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"
Maria Corina Machado mengadakan sidang media di Washington, Amerika Syarikat pada Jumaat. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado menegaskan keyakinan bahawa beliau akan dipilih sebagai Presiden Venezuela “apabila tiba masanya”, meskipun Amerika Syarikat (AS) kini memberi keutamaan kepada tokoh lain selepas kejatuhan Nicolas Maduro.
Presiden Donald Trump sebelum ini menyatakan sokongan kepada bekas Naib Presiden Maduro, Delcy Rodriguez, sebagai pemimpin sementara negara pengeluar minyak itu susulan operasi ketenteraan AS pada 3 Januari bagi menahan Maduro.
“Saya percaya saya akan dipilih apabila tiba masa yang tepat sebagai Presiden Venezuela, presiden wanita pertama,” kata Machado dalam program Fox & Friends pada Jumaat (16 Jan), selepas pertemuannya dengan Trump di Washington.
Machado dan parti politiknya mendakwa Maduro telah menipu dalam Pilihan Raya 2024 - dakwaan yang turut disokong Amerika Syarikat dan sebahagian besar komuniti antarabangsa.
Bagaimanapun, Trump menyatakan bahawa sokongan terhadap Machado dalam kalangan rakyat Venezuela masih belum mencukupi, dan buat masa ini memilih untuk mengekalkan Rodriguez - selagi beliau mematuhi kepentingan AS, khususnya melibatkan akses kepada rizab minyak Venezuela.
“Saya mahu berkhidmat kepada negara saya di mana saya boleh memberi manfaat terbesar. Saya menerima mandat itu, dan saya akan menggalasnya,” kata Machado kepada Fox.
Pada Khamis, Machado, 58, turut menyerahkan Pingat Hadiah Keamanan Nobel miliknya kepada Trump dalam usaha meraih sokongan Presiden AS itu.
“Beliau layak menerimanya,” katanya.
“Ia detik yang sangat emosi dan saya membuat keputusan untuk menyerahkan Pingat Nobel itu bagi pihak rakyat Venezuela.”
Tidak jelas sama ada Trump menyimpan pingat tersebut selepas jamuan tengah hari mereka di White House.
Jawatankuasa Nobel Norway sebelum ini menegaskan, penganugerahan Nobel tidak boleh dipindah milik.
Trump sebelum ini berkempen kuat untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel tahun lalu, atas dakwaan usahanya menghentikan lapan konflik perang.
Namun, anugerah itu akhirnya diberikan kepada Machado, yang hadir ke Oslo bulan lalu untuk menerima pengiktirafan tersebut selepas melarikan diri dari Venezuela menaiki bot.
Pada Rabu, Trump mengadakan panggilan telefon pertama dengan Rodriguez dan White House menyatakan Presiden AS itu “suka dengan apa yang dilihatnya” setakat ini.
Rodriguez pula menegaskan, kerajaan pimpinannya tetap akan berdepan Washington.
“Kami tahu mereka sangat berkuasa... tetapi kami tidak gentar untuk berhadapan dengan mereka melalui saluran diplomatik dan dialog politik,” katanya pada Khamis.
Beliau menyampaikan ucapan tahunan negara bagi pihak Maduro, yang kini ditahan di penjara New York atas tuduhan pengedaran dadah.
Berbeza dengan itu, Machado yang sudah bertahun berkempen menamatkan pemerintahan Maduro disambut meriah para penyokongnya di Washington.
The New York Times melaporkan Pengarah CIA, John Ratcliffe turut mengadakan pertemuan dengan Rodriguez pada Khamis, satu lagi isyarat bahawa Washington melihat beliau sebagai pilihan utama untuk mengetuai Venezuela dalam tempoh terdekat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Venezuela
#Maria Corina Machado
#Presiden Venezuela
#Nicolas Maduro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan