SOUTH CAROLINA: Pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak bawah lima tahun di Amerika Syarikat kini bermula.

Ia selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi kelulusan terhadap penggunaan vaksin Moderna dan Pfizer-BioNTech kepada golongan tersebut minggu lalu.

Rata-rata menyambut baik keputusan tersebut dengan ibu-bapa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi.

Bekalan vaksinasi juga turut diedarkan hujung minggu lalu termasuk di Lexington, South Carolina dan New York.

Janji temu dimulakan pada Isnin.

Dianggarkan kira-kira 18 juta kanak-kanak di negara itu layak terima vaksinasi.

Untuk rekod, kurang daripada satu per tiga daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 telah mendapatkan suntikan sejak vaksinasi dibuka kepada mereka November lalu.