awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Novavax menunjukkan keberkesanan lebih 90 peratus

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2021
23:35 MYT
Vaksin COVID-19: Novavax menunjukkan keberkesanan lebih 90 peratus
Vaksin ini juga dakwanya 91 peratus berkesan dalam kalangan sukarelawan yang berisiko tinggi dan mereka yang mendapat jangkitan teruk. - Foto REUTERS
MARYLAND: Data peringkat akhir ujian klinikal vaksin COVID-19, Novavax yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan lebih daripada 90 peratus keberkesanan terhadap virus itu.
Menurut syarikat itu, vaksin berasaskan protein COVID-19 berkesan lebih daripada 93 peratus berbanding varian utama COVID-19 yang menjadi perhatian utama saintis dan pegawai kesihatan awam.
Kajian klinikal melibatkan hampir 30,000 sukarelawan di Amerika Syarikat dan Mexico.
Ia meletakkan Novavax di landasan yang tepat untuk mempercepatkan kelulusan penggunaan kecemasan di Amerika Syarikat dan negara lain menjelang suku ketiga 2021.
Semasa percubaan, varian b117 atau Alpha yang pertama sekali ditemukan di United Kingdom menjadi varian utama di Amerika Syarikat.
Vaksin ini juga dakwanya 91 peratus berkesan dalam kalangan sukarelawan yang berisiko tinggi dan mereka yang mendapat jangkitan teruk.
Ia juga melaporkan 100 peratus berkesan untuk mencegah kes COVID-19 yang sederhana dan teruk.
Manakala dianggarkan 70 peratus berkesan terhadap varian COVID-19 yang tidak dapat dikenalpasti oleh Novavax.
Novavax optimis untuk menghasilkan 100 juta dos sebulan menjelang suku ketiga 2021 dan 150 juta dos sebulan menjelang suku keempat tahun ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#virus
#COVID-19
#United Kingdom
#Mexico
#vaksin
#jangkitan
#Novavax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan