WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) mengesyorkan untuk terus menggunakan vaksin AstraZeneca sementara kajian lanjut dijalankan di Eropah.

Keputusan ini menyusul selepas beberapa negara Eropah termasuk Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol menggantung penggunaan vaksin tersebut susulan laporan risiko pembekuan darah.

Timbalan Pengarah PAHO bagi bidang kesihatan kecemasan menjelaskan pihak berkuasa kini memantau rapi penggunaan AstraZeneca di Amerika Syarikat (AS).

Dr Sylvain Aldi-Ghieri menjelaskan ketika ini tiada laporan berkenaan risiko tersebut dalam kalangan rakyat AS.

Mengambil kira manfaat yang diberikan vaksin tersebut melebihi risiko yang didakwa, justeru pihaknya menyeru untuk terus menggunakan vaksin tersebut sehingga kajian selesai dijalankan.