awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Perhimpunan aman bantah pas kesihatan di Perancis

Agensi
Agensi
07/08/2021
23:07 MYT
Vaksin COVID-19: Perhimpunan aman bantah pas kesihatan di Perancis
Pemilik bar dan restoran antara yang mengambil bahagian dalam protes aman menentang peraturan ketat yang dikenakan bagi mengekang penularan COVID-19, di Cambrai, Perancis, 7 Ogos, 2021. REUTERS
RIBUAN penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Sabtu sebagai tanda protes terhadap peraturan baharu vaksin COVID-19 yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi manusia.
Tunjuk perasaan tersebut diadakan dua hari selepas pihak berkuasa mengumumkan undang-undang baharu yang memerlukan pas vaksinasi di kebanyakan tempat.
Bermula Isnin, pas kesihatan tersebut wajib ditunjukkan sebelum pengunjung dibenarkan menikmati makan di kafe dan restoran.
Ia juga diperlukan ketika membuat perjalanan jarak jauh, malah akan juga digunakan di beberapa hospital.
Sebelum ini ia telah dikuatkuasakan di tempat sosial termasuk panggung wayang, dewan konsert dan taman tema yang menghimpunkan lebih 50 orang awam.
Bagaimanapun, tunjuk perasaan tersebut berlangsung secara aman.
Perhimpunan sama turut dijadualkan berlangsung di beberapa bandar lain di Perancis.
Untuk rekod, lebih 36 juta rakyat negara itu atau 54 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin.
BACA: COVID-19: Itali wajibkan guru miliki sijil kesihatan digital
BACA: Vaksin COVID-19: Kesatuan Eropah akan bangunkan 'pasport vaksinasi'
Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan, pasport vaksin COVID-19 akan mula dilaksanakan pada pertengahan Jun, di blok Eropah.
Menurut Pesuruhjaya Eropah untuk Pasaran Domestik, sijil berkenaan akan tersedia sebaik sahaja semua penduduk EU telah menerima suntikan vaksin.
Topic Berkaitan
#Perancis
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#perhimpunan
#Penunjuk perasaan
#Paris
#pas vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan