ROM: Pihak berkuasa di wilayah Lazio, Itali memberi jaminan program vaksinasi COVID-19 akan diteruskan walaupun sistem teknologi maklumat IT mereka digodam.

Ia selepas pihak berkuasa menerima laporan, laman web untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin digodam di beberapa wilayah di negara itu termasuk di Rom.

Menurut Gabenor wilayah Lazio, serangan yang disifatkan sebagai sangat berkuasa itu bermula sejak hujung minggu lalu.

Jelasnya, pihaknya kini sedang mengendalikan isu serangan siber tersebut tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Pihak berkuasa kesihatan akan terus menjalakan program vaksinasi bagi mereka yang sudah menerima janji temu, namun berpendapat proses vaksinasi akan berjalan sedikit perlahan.

Ia memandangkan kesemua data perlu direkodkan secara manual.

Namun, pihaknya turut memberi jaminan data kesihatan rakyat yang sudah mendaftar tidak terjejas.

Siasatan lanjut mengenai pekara ini sedang disiasat pihak berkuasa.

Untuk rekod, secara keseluruhannya, 60 peratus rakyat Itali sudah melengkapkan vaksinasi mereka.