awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 'Sputnik V' ciptaan Rusia laris meskipun masih dalam proses ujian klinikal

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
13/08/2020
04:26 MYT
Vaksin COVID-19 'Sputnik V' ciptaan Rusia laris meskipun masih dalam proses ujian klinikal
Bagaimanapun, keberkesanan vaksin 'Sputnik V' dikritik oleh ramai penyelidik di seluruh dunia. - Gambar fail
BIARPUN masih di dalam proses ujian klinikal, namun vaksin pertama yang didakwa mampu merawat COVID-19 buatan Rusia dilaporkan sedang laris.
Vaksin yang diberi nama ‘Sputnik V’ bersempena dengan kejayaan pelancaran satelit buatan manusia pertama Kesatuan Soviet pada 1957 itu, kini dilaporkan menerima tempahan lebih satu juta dos oleh beberapa negara.
Pada Selasa lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengejutkan dunia dengan dakwaannya yang berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan 'imunisasi stabil' bagi merawat jangkitan COVID-19.
Bukan itu saja, Putin turut memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.
Ketika puluhan makmal penyelidikan di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mengembangkan vaksin berkenaan, Rusia dikatakan menerima pembiayaan wang dari beberapa buah negara lain bagi mempersiapkan jutaan dos vaksin terbabit yang dijangka akan dikeluarkan seawal akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal 2021.
Menurut Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), Kirill Dmitriyev yang membiayai projek pembangunan vaksin berkenaan, Rusia telah menerima permintaan untuk menghasilkan vaksin Sputnik V dari 20 negara.
Malah, beberapa negara di Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia juga turut menyatakan minatnya untuk membeli vaksin Rusia menerusi kontrak.
“Kami telah menerima tempahan awal untuk pembelian lebih daripada satu juta dos vaksin daripada 20 buah negara.
“Kami bersedia dalam menghasilkan lebih dari 500 juta dos vaksin bersama dengan rakan pelaburan asing kami di lima negara, dan kami merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kami,” ujar Dmitriyev dalam satu persidangan bersama saluran berita NDTV pada Rabu.
Selain itu, Dmitriyev juga berkata, RDIF bersetuju untuk mengadakan ujian klinikal tahap ketiga vaksin berkenaan di luar Rusia seperti Emirah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Brazil dan beberapa negara lain.
BACA: Vaksin COVID-19 Rusia agak 'luar biasa' - Pakar
Bagaimanapun, keberkesanan vaksin berkenaan dikritik oleh ramai penyelidik di seluruh dunia.
Antara yang menjadi perdebatan adalah vaksin tersebut hanya berada di tahap ujian klinikal kedua dan tidak memberikan infomasi yang cukup mengenai perkembangan vaksin tersebut kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
BACA: Rusia umum vaksin COVID-19 pertama di dunia, anak Putin antara penerima awal
BACA: COVID-19: Jika vaksin Rusia bermasalah, ia jejas kepercayaan awam - Saintis
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kesihatan
#koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Rusia
#Sputnik V
#vaksin
#Vladimir Putin
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan