awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Perak semakin buruk, lebih 1,700 mangsa dipindahkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/10/2025
22:00 MYT
Banjir di Perak semakin buruk, lebih 1,700 mangsa dipindahkan
JPBN menjangkakan jumlah mangsa akan terus meningkat memandangkan beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi. - Foto APM Perak
IPOH: Keadaan banjir di Perak terus memburuk apabila seramai 1,776 mangsa di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 pagi, Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seramai 1,776 mangsa dari 609 keluarga ditempatkan di 23 PPS di Larut Matang, Selama dan Manjung setakat jam 4 pagi, Jumaat.
  • Beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi, menurut JPBN Perak.
  • MetMalaysia menjangkakan ribut petir di kebanyakan daerah Perak sepanjang hari, termasuk Kampar, Padang Batang dan Muallim pada sebelah malam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, sebanyak 23 PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa daripada 609 keluarga.
Daripada jumlah itu, 20 PPS dibuka di daerah LMS melibatkan 1,413 mangsa daripada 502 keluarga, manakala tiga PPS di Manjung menempatkan 363 mangsa daripada 107 keluarga.
JPBN menjangkakan jumlah mangsa akan terus meningkat memandangkan beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir akan melanda kedua-dua daerah tersebut pada pagi dan petang Jumaat.
Met Malaysia turut menjangkakan ribut dan hujan di beberapa daerah lain di Perak pada waktu pagi dan petang, kecuali Kampar, Padang Batang dan Muallim.
Namun, ketiga-tiga daerah itu dijangka mengalami cuaca buruk pada sebelah petang dan malam.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#PPS
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan