awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: AS tetap sasaran baharu 200 juta dos dalam 100 hari pertama

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2021
21:59 MYT
Vaksin COVID-19: AS tetap sasaran baharu 200 juta dos dalam 100 hari pertama
Biden menetapkan sasaran baharu suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 200 juta dos dalam 100 hari pertama pentadbirannya. -Gambar fail
WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menetapkan sasaran baharu suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 200 juta dos di negara Uncle Sam itu dalam 100 hari pertama pentadbirannya.
Dalam sidang media di White House, Biden percaya sasaran itu dapat dicapai.
Sebelum ini, pentadbiran Biden menetapkan sasaran 100 juta suntikan dalam 100 hari pertama memegang jawatan Presiden bermula 20 Januari.
Ia telah dicapai lebih awal berbanding dijadualkan.
White House menyatakan 130 juta suntikan dilakukan setakat Rabu lepas.
Jelasnya, sebanyak 85 juta individu telah menerima satu suntikan dos vaksin manakala sekitar 45 juta individu pula telah menerima suntikan dua dos vaksin sepenuhnya.
Sasaran baharu Biden itu dilihat mampu dicapai jika kadar vaksinasi berterusan berada pada tahap sekarang.
Ketika kempen pemilihan Presiden menentang Donald Trump, Biden berjanji akan mengendalikan wabak koronavirus dengan lebih baik.
Biden turut mendorong rakyat AS mengikut nasihat pakar kesihatan awam walaupun semakin ramai individu telah menerima vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#koronavirus
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#sasaran
#White House
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan