awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: UAE luaskan pemberian dos ketiga

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2021
00:02 MYT
Vaksin COVID-19: UAE luaskan pemberian dos ketiga
Sekitar 79 peratus penduduk atau 9 juta telah menerima satu dos vaksin. - Foto Facebook/@Arab News
DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mula memberikan suntikan vaksin tambahan atau 'booster' kepada individu yang mendapatkan dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Lembaga Pengurusan Krisis Kecemasan dan Bencana Nasional (NCEMA) UAE berkata, suntikan ketiga akan disediakan kepada orang ramai yang dianggap berisiko tinggi selepas tiga bulan divaksin.
Manakala bagi mereka yang bukan dalam kategori berisiko tinggi akan diberikan selepas enam bulan lengkap dua dos.
Negara teluk itu telah meluluskan lima jenis vaksin COVID-19.
UAE telah mula memberikan suntikan tambahan kepada mereka yang divaksin menggunakan vaksin Sinopharm pada bulan Jun lalu.
UAE yang merupakan pusat pelancongan dan perniagaan di rantau itu mempunyai kadar vaksinasi tertinggi di dunia.
Sekitar 79 peratus penduduk atau 9 juta telah menerima satu dos vaksin sementara 70 peratus telah lengkap dua dos vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos tambahan
#booster
#UAE
#Sinopharm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan