GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pengeluar vaksin COVID-19 mengeluar data diperlukan berkaitan suntikan bagi tujuan kecemasan.

Kelewatan data ini menjejaskan akses vaksin sama rata.

Senarai penggunaan kecemasan bermakna bekalan boleh dihantar ke beberapa negara membangun yang menggunakan garis panduan WHO untuk kawal selia perubatan.

Ini juga akan membolehkan negara-negara ini memanfaatkan program perkongsian vaksin (COVAX) yang bertujuan mempercepatkan kadar vaksinasi kalangan negara miskin.

Kenyataan jawatankuasa kecemasan ini dikeluarkan susulan pertemuan tertutup baru-baru ini.

Dokumen WHO bertarikh 23 Disember menyenaraikan vaksin Sputnik V menyerahkan data tidak lengkap.

Jawatankuasa ini akan mengadakan pertemuan setiap tiga bulan.

Ia kemudian menyarankan polisi mengenai isu utama berkaitan pandemik, termasuk pendekatan perjalanan antarabangsa dan vaksin COVID-19.