Isu masa depan Cklamovski hanya spekulasi liar - Mohd Yusoff

Mohd Yusoff anggap khabar angin tentang isu masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, sebagai spekulasi. - Foto fail
BANGI: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi menganggap isu masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski hanyalah spekulasi liar.
Ringkasan AI
- Datuk Mohd Yusoff Mahadi menolak spekulasi mengenai masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, sebagai hanya spekulasi liar.
- FAM telah meminta alasan bertulis daripada FIFA berhubung isu dokumentasi pemain warisan negara, setelah rayuan mereka ditolak.
- FIFA mengekalkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan serta menetapkan denda berjumlah RM1.8 juta, disebabkan kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.
Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan FAM telahpun meminta alasan bertulis daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas rayuan mereka ditolak berhubung isu dokumentasi pemain warisan negara.
Beliau juga tidak boleh menjangkakan bila FIFA akan memberikan maklum balas.
"Buat masa ini kami sekadar boleh menunggu sahaja. Selepas itu (terima alasan bertulis dari FIFA) kita ada tempoh 21 hari (bawa kes) ke CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan)," katanya.
FIFA pada 3 Nov lepas menolak rayuan FAM dan tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Perkara 22 Kod Disiplin FIFA (FDC).
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CFH2,000 (sekitar RM11,000).
Ketujuh-tujuh pemain berkenaan turut digantung selama 12 bulan daripada aktiviti berkaitan bola sepak.
Mengenai final Piala Emas Raja-Raja 2025, Mohd Yusoff menyifatkan edisi ke-103 pertandingan itu tetap meriah meskipun cuaca hujan sepanjang perlawanan, yang menyaksikan Kuala Lumpur muncul juara selepas menang tipis 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


