awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: AS beri 'booster shot' bermula September

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2021
22:32 MYT
Vaksin COVID-19: AS beri 'booster shot' bermula September
Berdasarkan perancangan yang digariskan, booster shot itu akan diberikan lapan bulan selepas suntikan kedua vaksin Pfizer atau Moderna. -Gambar fail
WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perancangan untuk memberikan suntikan penggalak COVID-19 atau booster shot dalam usaha membendung penularan varian Delta.
Berdasarkan perancangan yang digariskan, booster shot itu akan diberikan lapan bulan selepas suntikan kedua vaksin Pfizer atau Moderna.
Menurut Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Dr Rochelle Walensky, booster shot ini akan mula diberikan pada 20 September.
"Saya ingin menjelaskan, matlamat utama kami adalah untuk menyelamatkan nyawa dan membendung penularan yang lebih serius.
"Data yang akan diterbitkan hari ini dan minggu hadapan bakal menyaksikan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan SARS-CoV-2 semakin menurun.
"Walaupun vaksin ketika ini terbukti berkesan mencegah kes di hospital, kita juga menyaksikan bukti penurunan keberkesanan dari semasa ke semasa dan terhadap varian Delta," kata Walensky.
Malah, jelasnya, penerima suntikan tunggal seperti Johnson & Johnson juga mungkin memerlukan booster shot.
Namun data lanjut akan dibentangkan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, keputusan pemberian suntikan penggalak adalah berdasarkan keputusan penilaian Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) terhadap keberkesanan dan keselamatannya.
Topic Berkaitan
#penyakit berjangkit
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#Moderna
#jangkitan
#Pfizer
#suntikan
#vaksin
#suntikan penggalak
#dos ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan