awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: FDA dijangka beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2021
00:54 MYT
Vaksin COVID-19: FDA dijangka beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer
Kelulusan penuh daripada FDA dapat membantu meyakinkan individu yang ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin. - Foto fail/REUTERS
PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dijangka meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech secara sepenuhnya Isnin ini.
The New York Times yang memetik sumber berkata, proses semakan mungkin melepasi tarikh berkenaan ketika mana dokumen dan rundingan bersama syarikat itu masih berlanjutan.
Langkah itu menjadikannya vaksin pertama daripada kelulusan kecemasan mendapat kelulusan penuh FDA.
Syarikat-syarikat di Amerika Syarikat telah memperketat peraturan vaksin untuk pekerja susulan lonjakan kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara.
Beberapa pihak menyebut kelulusan penuh daripada FDA itu adalah sebahagian daripada proses membuat keputusan.
Kelulusan penuh daripada FDA dapat membantu meyakinkan individu yang ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin.
Pfizer-BioNTech memulakan proses permohonan lesen biologi mereka untuk vaksin dua dos dibangunkan pada bulan Mei lalu selepas mendapat kebenaran penggunaan kecemasan daripada FDA pada bulan Disember tahun lepas.
Ia turut memulakan proses kelulusan untuk meluaskan pemberian dos penggalak atau 'booster shot' selepas menyerahkan data ujian klinikal kepada FDA.
Sekiranya diberikan kelulusan penuh oleh FDA, vaksin Pfizer-BioNTech akan tersedia di pasaran selepas pandemik berakhir.
Lebih daripada 203 juta dos vaksin Pfizer dan BioNTech telah diberikan di seluruh Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer-BioNTech
#kelulusan
#FDA
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan