awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Ireland syor tangguh sementara penggunaan AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2021
22:29 MYT
Vaksin COVID-19: Ireland syor tangguh sementara penggunaan AstraZeneca
Menurut MHRA Britain, laporan kes pembekuan darah yang diterima setakat ini, sedikit berbanding jumlah keseluruhan populasi yang disuntik vaksin AstraZeneca.
PEGAWAI kesihatan Ireland pada Ahad mengesyorkan penangguhan sementara vaksin AstraZeneca selepas berlaku laporan kes pembekuan darah yang serius.
Timbalan Ketua Pegawai Perubatan Ireland Dr Ronan Glynn berkata cadangan itu dibuat setelah Agensi Perubatan Norway melaporkan empat kes pembekuan darah dalam kalangan orang dewasa setelah disuntik vaksin berkenaan.
Kata Glynn, walaupun tiada bukti kes berkenaan mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin, namun syor penangguhan pemberian vaksin adalah sebagai langkah berjaga-jaga.
Terdahulu, pihak berkuasa Denmark, Norway dan Iceland telah mengambil langkah serupa.
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pengawal selia perubatan Kesatuan Eropah (EU) berkata tiada kaitan antara suntikan dan peningkatan risiko darah beku.
Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) Britain pula menyatakan, laporan kes pembekuan darah yang diterima setakat ini, sedikit berbanding jumlah keseluruhan populasi yang divaksin.
Selain itu, kes yang dilaporkan tidak mengesahkan bahawa vaksin adalah penyebabnya.
Pada Ahad, AstraZeneca mengeluarkan kenyataan bahawa, setelah meninjau data keselamatan lebih daripada 17 juta yang divaksinasi di EU dan UK, didapati bahawa tiada bukti peningkatan risiko embolisme paru, trombosis saraf dalam (DVT) atau trombositopenia, dalam mana-mana kumpulan umur, jantina, kumpulan atau negara tertentu.
Topic Berkaitan
#WHO
#Britain
#kesihatan
#keselamatan
#perubatan
#Kesatuan Eropah
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#AstraZeneca
#vaksin
#EU
#Ronan Glynn
#suntikan
#Norway
#Ireland
#tangguh
#MHRA
#darah beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan