awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Ketidaksamarataan antara negara beri cerminan kepada solidariti

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2021
01:15 MYT
Vaksin COVID-19: Ketidaksamarataan antara negara beri cerminan kepada solidariti
Dr Matshi-diso berkata 75 peratus daripada semua dos vaksin di seluruh dunia dibekalkan kepada sepuluh negara. - Foto Facebook/WHO
BRAZZAVILLE: Ketidaksamarataan bekalan vaksin ketika pandemik ini menunjukkan jurang besar dalam solidariti antarabangsa.
Jelas Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Afrika, Dr Matshi-diso Moeti, adalah penting untuk memberi keutamaan kepada populasi paling berisiko di seluruh dunia.
Sebaliknya, ketika ini banyak negara mahu beri keutamaan kepada dos penggalak bagi mengurangkan kadar kematian dan risiko susulan kewujudan varian baharu.
Jelasnya, 75 peratus daripada semua dos vaksin di seluruh dunia dibekalkan kepada sepuluh negara.
Bagi negara berpendapatan tinggi, mereka telah menerima bekalan 62 kali ganda berbanding negara berpendapatan rendah.
"Beberapa negara telah menyarankan rakyat mereka mengambil suntikan dos penggalak bagi meningkatkan tahap imun mereka sekaligus memburukkan lagi jurang antara negara.
"Kami di WHO telah berulang kali memberitahu kami percaya keutamaan perlu diberikan kepada mereka paling berisiko di semua negara bagi menghentikan penularan jangkita sekaligus menyelamatkan nyawa dan mengakhiri wabak ini secepat mungkin," katanya.
CDC Afrika sasar untuk memvaksinasi 60 peratus daripada 1.3 bilion populasi dengan 30 peratus diberikan tahun ini.
Namun penularan varian Delta telah menyebabkan usaha itu terganggu dengan kebanyakan negara pertimbang untuk sekatan.
Pembekalan vaksin yang perlahan dan terhad ke negara-negara Afrika sementara negara kaya memperolehnya, menyulitkan keadaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#sama rata
#Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan