awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Pfizer, AstraZeneca berkesan terhadap varian India

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
23/05/2021
03:37 MYT
Vaksin COVID-19: Pfizer, AstraZeneca berkesan terhadap varian India
Vaksin Pfizer mempunyai 88 peratus berkesan, AstraZeneca dengan 60 peratus berkesan selepas dua minggu mengambil dua dos suntikan. - Agensi Kesihatan Awam England (PHE) - Foto fail
VAKSIN COVID-19 Pfizer-BioNTech dilaporkan 88 peratus berkesan terhadap varian B16172 atau dikenali varian India selepas selesai menerima dua dos.
Manakala vaksin COVID-19 AstraZeneca pula dilaporkan 60 peratus berkesan terhadap varian India.
Itu dapatan daripada satu kajian Agensi Kesihatan Awam England yang didedahkan Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock pada Sabtu.
Kata beliau, kedua-dua vaksin itu dilaporkan berkesan terhadap varian lain seperti B117 yang banyak dilaporkan di Britain.
Laporan itu mendedahkan bagi strain B117, Pfizer mempunyai keberkesanan 93 peratus manakala AstraZeneca 66 peratus.
Keberkesanan ini dilihat selepas dua minggu mengambil dua dos suntikan.
Hancock menyatakan keyakinan, dengan keberkesanan vaksin ini, perancangan vaksinasi dapat dijalankan mengikut jadual serta kelonggaran sekatan juga dapat direalisasikan.
Terdahulu, kerajaan United Kingdom bercadang akan melonggarkan banyak lagi sekatan bermula 21 Jun.
UK merupakan negara terawal dan terpantas yang menjalankan program vaksinasi di Eropah namun kini terdapat cabaran kerana berdepan dengan penemuan kes membabitkan varian India yang mudah berjangkit.
Data terbaharu menunjukkan kes baharu COVID-19 yang dicatatkan di UK meningkat 10.5 peratus dalam tempoh tujuh hari sehingga 22 Mei.
Perdana Menteri, Boris Johnson mengarahkan agar usaha mempercepat pemberian dos kedua kepada golongan berusia lebih 50 tahun dan mereka yang rentan.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Pfizer-BioNTech
#AstraZeneca
#COVID-19
#varian India
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan