awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Februari 2026.
1. 'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Penggunaan lafaz seperti “Alhamdulillah” dan “Insya-Allah” oleh bukan Muslim adalah dibenarkan selagi digunakan dengan niat baik, beradab serta menghormati makna asal lafaz tersebut.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil
2. HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Human Resource Development Corporation menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertingginya susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Ketua Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
3. Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah dan selaras dengan Perlembagaan.
4. SPRM Kedah reman semula pendakwah bebas, ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kedah menahan reman semula seorang pendakwah bebas serta ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di negeri ini kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.
5. Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenar pulang bermalam di rumahnya selepas genap sebulan mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
6. Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lapan tahun yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan merogol pembantu rumah, tujuh tahun lepas.
7. SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Pengerusi kepada IJM Corporation Berhad telah ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis bagi membantu siasatan membabitkan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.
8. 217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
KPKT) berjaya menyiapkan sebanyak 217 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara setakat ini, dalam usaha memperkasa kemudahan rekreasi dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.
9. Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Keupayaan institusi pengajian tinggi tempatan, khususnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), tidak seharusnya dipandang rendah, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
10. Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Langkah untuk meletakkan Pas sebagai 'poster boy' Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dilihat hanya mungkin mengukuhkan sokongan di negeri majoriti Melayu, kata Datuk Marzuki Mohamad.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#HRD Corp
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan