awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: AS rancang beri dos ketiga kepada individu berisiko

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2021
23:36 MYT
Vaksin COVID-19: AS rancang beri dos ketiga kepada individu berisiko
Dr Fauci berkata, individu yang mengalami masalah imunisasi mungkin tidak mendapat perlindungan secukupnya daripada vaksin COVID-19 sedia ada. - Gambar fail REUTERS
AMERIKA Syarikat akan memberikan suntikan penggalak, atau booster, untuk vaksin COVID-19 kepada rakyatnya yang mengalami penurunan antibodi.
Langkah ini diumumkan pakar penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci pada Khamis ketika negara itu mencatatkan peningkatan kes koronavirus itu.
Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) sedang berusaha meluluskan dos ketiga itu secepat mungkin.
"Sangat penting bagi kita untuk meneruskan usaha memberi individu-individu tersebut dos penggalak dan kita sedang berusaha ke arah itu sekarang," katanya pada satu sidang media pada Khamis.
Dr Fauci berkata, individu yang mengalami masalah imunisasi mungkin tidak mendapat perlindungan secukupnya daripada vaksin COVID-19 sedia ada.
Justeru, adalah penting untuk memberikan mereka suntikan penggalak.
Beliau menjelaskan, peningkatan kes jangkitan di Amerika Syarikat adalah disebabkan varian Delta dan ia dapat diubah dengan vaksinasi tambahan.
Tujuh negeri di Amerika Syarikat dengan kadar vaksinasi COVID-19 terendah menyumbang separuh daripada kes baharu dan kemasukan ke hospital minggu lalu.
Amerika menyertai beberapa negara lain memulakan pemberian suntikan penggalak.
Sebelum ini, turut mengumumkan langkah sama adalah Jerman dan Perancis.
Negara-negara ini mengabaikan rayuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangguhkan suntikan ketiga susulan isu agihan vaksin yang tidak saksama.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anthony Fauci
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#vaksin
#suntikan
#jangkitan
#Joe Biden
#penyakit berjangkit
#Washington
#White House
#dos ketiga
#dos penggalak
#WHO
#koronavirus
#CDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan