awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Rusia mula edarkan Sputnik V kepada golongan berisiko tinggi

Agensi
Agensi
05/12/2020
13:41 MYT
Vaksin COVID-19: Rusia mula edarkan Sputnik V kepada golongan berisiko tinggi
Ujian klinikal vaksin tersebut masih lagi dijalankan namun suntikan sudah boleh dilakukan terutamanya kepada golongan berisiko tinggi. Foto: Reuters
MOSCOW:Pihak berkuasa Rusia mula mengedarkan suntikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan negara itu, Sputnik V kepada golongan berisiko tinggi di 70 pusat perubatan di seluruh Moscow pada Sabtu.
Ujian kinikal terhadap vaksin tersebut masih lagi dijalankan, namun suntikan sudah mula dilakukan terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti petugas kesihatan dan guru.
Menurut Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, kumpulan yang bekerja dalam sektor kesihatan dan pendidikan termasuk penjawat awam dapat menerima suntikan awal.
Walaupun menerima kritikan dunia disebabkan kebimbangan terhadap kesan sampingan yang tidak diketahui di peringkat ini, kerajaan Rusia bertegas dengan pelaksanaan program vaksinasinya.
Presidennya Vladimir Putin pada Rabu mengarahkan kerajaan untuk memulakan program vaksinasi berskala besar di negara itu menjelang akhir minggu hadapan dengan golongan tertentu sebagai penerima awal.
Rusia sebelum ini mendakwa Sputnik V sebagai vaksin COVID-19 yang pertama didaftarkan di dunia selepas pihak berkuasa kesihatannya meluluskan vaksin tersebut pada Ogos.
Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan vaksin yang menerima keputusan ujian klinikal awal itu hanya diuji terhadap beberapa puluh orang awam sahaja sebelum kelulusan diberikan.
Pakar menjelaskan vaksin tersebut perlu melalui proses ujian klinikal yang lebih terperinci terhadap ribuan orang awam bagi memastikan keselamatan dan kadar keberkesanannya.
Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko pada Rabu memaklumkan lebih daripada 100,000 rakyat Rusia sudah menerima suntikan vaksin tersebut.
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Moscow
#Rusia
#COVID-19
#perubatan
#vaksin
#Sputnik V
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan