awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Singapura sasar pemberian kepada kanak-kanak bawah 6 bulan

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2022
00:45 MYT
Vaksin COVID-19: Singapura sasar pemberian kepada kanak-kanak bawah 6 bulan
Kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun juga menjadi mangsa penyakit lain seperti radang paru-paru dan influenza. - Foto fail
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mensasarkan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada bayi dan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga empat tahun menjelang suku keempat tahun ini.
Dalam kenyataan balas berkenaan kematian dua kanak-kanak akibat COVID-19, kementerian tersebut menjelaskan pihaknya sedang melakukan segala persiapan untuk pemberian vaksinasi tersebut.
Sebelum ini, kementerian tersebut bersama pihak berkuasa sains kesihatan dan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi COVID-19 pada 19 Julai memaklumkan mereka sedang mengkaji keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 yang telah dirumus untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
Mengenai isu kematian kanak-kanak, MoH berkata pola kematian COVID-19 melibatjkan dua kematian kanak-kanak berumur antara 0 dan 4 tahun setakat 23 Julai 2022 adalah sama dengan penyakit berjangkit lain.
Jelasnya, dua kematian itu diterjemahkan kepada tiga kematian bagi setiap 100,000 kes dalam kumpulan umur yang sama, berbanding 99 kematian bagi setiap 100,000 kes bagi kumpulan umur 40 tahun ke atas tahun ini.
Malah katanya ini adalah perkara biasa bagi COVID-19 kerana kementerian melihat corak seumpamanya dalam penyakit berjangkit lain, di mana kanak-kanak antara 0 hingga empat tahun jauh lebih berdaya tahan berbanding pesakit yang lebih berusia, tetapi lebih terdedah kepada risiko.
Tambahnya, kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun juga menjadi mangsa penyakit lain seperti radang paru-paru dan influenza.
Sekitar 2018 dan 2019, kementerian mencatatkan 3.1 kematian kanak-kanak berumur antara 0 dan 4 tahun bagi setiap 100,000 individu bagi setiap tahun akibat radang paru-paru dan influenza.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan