PATTANI: Varian Delta yang cepat merebak menjadi punca lonjakan kes COVID-19 di empat wilayah di selatan Thailand - Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.
Ketua Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Pattani Dr Anurak Sarapap (he) berkata peningkatan varian Delta amat membimbangkan ekoran kebolehjangkitan yang tinggi.
"Varian Delta yang pertama kali dikesan di India dipercayai merebak di kalangan ahli keluarga dan komuniti dan menyebabkan kes COVID-19 dan jumlah kematian meningkat di empat wilayah itu.
"Kini, varian Delta menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jangkitan baharu kes COVID-19 di empat wilayah itu," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, varian paling dominan di wilayah selatan adalah Alpha dan Beta.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatatkan 9,727 kes baharu COVID-19 dan 73 kematian, menjadikan jumlah terkumpul kes setakat ini 1,821,579 dan 18,559 kematian.
Daripada jumlah kes baharu, Yala merekodkan 653 kes, Songkhla (627), Pattani (543) dan Narathiwat (374).
Dr Anurak berkata Kementerian Kesihatan Awam Thailand sedang memperhebatkan vaksinasi di empat wilayah untuk mengekang penularan kes COVID-19.
Beliau berkata kementerian telah mengedarkan vaksin Pfizer-BioNTech ke empat wilayah pada bulan ini.
"Kami berharap dapat mencapai sasaran 70 peratus penduduk dewasa menerima suntikan vaksin COVID-19 pada akhir bulan ini," katanya.
Untuk menggalakkan vaksinasi di kalangan penduduk tempatan, Dr Anurak berkata pemimpin agama kini memainkan peranan mereka untuk memberikan kesedaran dan penerangan berhubung keberkesanan vaksin.
Beliau berharap penduduk tempatan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan di tempat awam dan tempat kerja dalam usaha menbendung penularan COVID-19.
Sementara itu, Dr Anurak berkata pihak berkuasa tempatan kini menggalakkan pesakit COVID-19 yang mengalami gejala tidak serius atau tidak bergejala agar menjalani 'pengasingan di rumah' (home isolation) ataupun 'pengasingan komuniti' (community isolation) di peringkat mukim.
"Buat masa ini, katil merawat pesakit COVID-19 di hospital di empat wilayah selatan Thailand hampir penuh, maka, kerajaan tempatan menggalakkan pengasingan rumah atau komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Varian Delta yang cepat merebak menjadi punca lonjakan kes COVID-19 di empat wilayah di selatan Thailand. - Bernama
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.