awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron: Saintis di Afrika Selatan siap sedia hadapi lonjakan kes

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2021
01:21 MYT
Varian Omicron: Saintis di Afrika Selatan siap sedia hadapi lonjakan kes
Keadaan di lapangan terbang OR Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan pada 29 Nov 2021. (Foto AP)
PARA saintis di Afrika Selatan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan pesat kes COVID-19 berikutan kemunculan varian baharu Omicron.
Bilangan kes yang semakin meningkat dikaitkan dengan varian baharu tersebut di Botswana dan Afrika Selatan, menunjukkan bahawa ia mungkin petanda pertama kenaikan mendadak.
Perkara itu dinyatakan pakar virologi Afrika untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Nicksy Gumede-Moeletsi.
"Data semasa yang kami miliki masih sangat terhad. Jadi, terdapat begitu banyak ciri tambahan virus ini yang sedang dikaji oleh penyelidik, yang mana kebolehjangkitan adalah salah satu daripadanya.
"Keseriusan juga satu bahagian lain. Jadi, kita juga perlu tahu, sama ada ia menjejaskan vaksin semasa yang sedang digunakan atau tidak," katanya.
Peningkatan kes Omicron dalam kalangan pelajar universiti di Pretoria membimbangkan kerana kumpulan umur pelajar adalah golongan yang sangat suka bergaul yang akan menyebarkan lagi varian tersebut.
Kata Gumede-Moeletsi, bilangan terhad kes yang dikaji bermakna terlalu awal untuk mengetahui sama ada varian Omicron jauh lebih mudah ditularkan, menyebabkan kes COVID-19 yang lebih serius atau jika ia mengelak perlindungan daripada vaksinasi.
Sehingga kini, tiada maklumat terperinci berhubung sifat varian itu.
Ini termasuk kali pertama ia muncul, atau betapa mudah ia menular.
Ketika ini beberapa negara mengambil langkah berhati-hati dengan mengenakan sekatan perjalanan, terutamanya kepada pelawat dari Afrika Selatan.
Topic Berkaitan
#Omicron
#saintis
#Afrika Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan