awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2024
22:00 MYT
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Timbalan Duta AS Robert Wood ketika memveto resolusi di Majlis Keselamatan PBB di New York. - Foto AP
NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin dan bukan melalui tindakan PBB.
Ia memveto draf resolusi yang mengesyorkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB supaya Negeri Palestin diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Britain dan Switzerland berkecuali, manakala baki 12 ahli majlis mengundi ya.
Palestin pada masa ini adalah negara pemerhati bukan ahli, pengiktirafan de facto kenegaraan yang telah diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2012.
Tetapi permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan kemudian sekurang-kurangnya dua pertiga Perhimpunan Agung.
Desakan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB datang enam bulan dalam perang antara Israel dan Hamas di Gaza dan ketika Israel memperluaskan penempatan di Tebing Barat yang diduduki.
Majlis Keselamatan PBB telah lama menyokong visi dua negara yang tinggal bersebelahan dalam sempadan yang selamat dan diiktiraf.
Rakyat Palestin mahukan sebuah negara di Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza, semua wilayah ditawan Israel pada 1967.
Pihak Berkuasa Palestin, yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas, menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat.
Hamas menggulingkan Pihak Berkuasa Palestin daripada kuasa di Gaza pada 2007.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Amerika Syarikat
#veto
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan