awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak - polis

Agensi
Agensi
06/01/2018
12:02 MYT
Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak - polis
Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu mengesahkan rakaman video lucah kanak-kanak yang ditemukan minggu lalu turut melibatkan ibu salah seorang mangsa.
Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu mengesahkan rakaman video lucah kanak-kanak yang ditemukan minggu lalu turut melibatkan ibu salah seorang mangsa.
Hasil analisis polis Indonesia terhadap video pornografi kanak-kanak yang tersebar itu menunjukkan rakaman video tersebut turut disaksikan ibu kepada salah seorang mangsa kanak-kanak terlibat.
Menurut Pengarah Jenayah Am Polis Daerah Jakarta Barat, Umar Surya Fana, ibu mangsa berkenaan didakwa turut mengarahkan babak dan adegan ketika pembikinan filem lucah tersebut.
"Daripada bahasa percakapan di antara anak dengan salah seorang wanita di dalam video berkenaan, dipercayai dia ialah ibu kandung kanak-kanak itu sendiri.
“Di satu lokasi kejadian, ibu kandungnya ada di dalam bilik menyaksikan, malah mengarahkan anaknya sendiri (untuk melakonkan babak lucah)," kata Umar Surya Fana yang dipetik daripada portal BBC Indonesia.
Minggu lalu, warga Indonesia dikejutkan dengan penyebaran video pornografi kanak-kanak yang dilakukan beberapa budak lelaki dipercayai berusia sekitar 10 hingga 12 tahun dengan seorang perempuan dewasa.
Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa".
Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.
Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.
Video lucah itu dipercayai disasarkan kepada golongan pedofil, namun tidak dapat dipastikan sama ada akan dijual hanya kepada warga tempatan atau luar negara.
Topic Berkaitan
#ibu arah anak berlakon
#Kanak-kanak
#pedofil
#penyebaran video pornografi kanak-kanak
#Umar Surya Fana
#video
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan