awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video rakyat Syria dipancung, dibakar askar upahan Rusia tersebar

Syria Care
Syria Care
19/11/2019
02:11 MYT
Video rakyat Syria dipancung, dibakar askar upahan Rusia tersebar
Hamadi yang dituduh cuba melarikan diri dari tugas telah dibelasah dengan tukul besi di kaki, lengan dan perut sebelum dipenggal kepala. -Media Syria Care
PERBUATAN tidak berperikemanusiaan askar upahan Rusia mendera dan memancung kepala rakyat Syria yang dipaksa menjadi tentera regim Bashar al Assad selepas pulang ke negara asal terbongkar.
Rakaman video bertarikh pada 2017 ditular secara penuh oleh laman media sosial Rusia, VK minggu lalu.
Mangsa Muhammad "Hamadi" Abdullah al-Ismail, 32, berasal dari Deir Ezzor, timur Syria, dikatakan pulang ke tanah air selepas beberapa tahun mencari perlindungan di Lubnan.
Menurut The Telegraph yang memiliki rakaman video berkenaan, mangsa telah dituduh cuba melarikan diri dari tugas dan disoal siasat sebelum ditolak jatuh ke tanah.
Askar upahan yang berada di sekelilingnya dilihat mentertawakan mangsa selepas dia dibelasah menggunakan tukul besi di kaki, lengan dan perut.
Tidak cukup setakat itu, Hamadi berterusan dipukul dan disepak sebelum akhirnya dipenggal kepala.
3- Hamadi from Alkhorayta village in #DeirEzZur countryside, he was in #Lebanon and got arrested when he get back to #Syria.#Russia #US pic.twitter.com/U6UPrL7TTQ
— (@Raqqa_SL) November 17, 2019
Bukti kejahatan berkenaan ditemukan ketika siasatan dalam talian menggunakan sumber perisikan terbuka bagi mengesan rakaman telaga minyak Al Shaer di Homs, di tengah Syria yang ketika itu berada di bawah kawalan tentera regim Bashar dan sekutunya, Moscow.
Sebaik nasib yang menimpa mangsa tersebar, gambar mangsa kemudian dimuat naik pemilik akaun twitter.com/Raqqa_SL.
Topic Berkaitan
#askar upahan Rusia
#Deir Ezzor
#dipaksa menjadi tentera
#Muhammad Hamadi Abdullah al-Ismail
#regim Bashar al Assad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan