Kerajaan Myanmar pada Isnin mengaku telah menahan beberapa anggota polis berhubung sebuah video swafoto yang menunjukkan beberapa pegawai memukul orang awam Rohingya.
Pengakuan itu dibuat ketika kerajaan Myanmar dituduh melindungi tindakan pasukan keselamatannya yang didakwa telah melakukan penderaan terhadap minoriti Muslim Rohingya, lapor AFP.
Puluhan ribu orang dari kumpulan etnik itu - yang dibenci kebanyakan majoriti beragama Buddha di Myanmar - telah melarikan diri ketika operasi ketenteraan di negeri Rakhine, yang dilancarkan selepas serangan ke atas pondok polis pada bulan Oktober.
Sumber: YouTube Mir Ahmed A.B Siddiquee
Kerajaan Bangladesh berkata kira-kira 50,000 etnik Rohingya telah melintasi sempadan sejak dua bulan yang lalu.
Mereka menceritakan insiden menakutkan melibatkan kejadian rogol, bunuh dan bakar di tangan pasukan keselamatan Myanmar.
Kisah mereka telah membangkitkan bantahan global terhadap pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang dituduh tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu etnik Rohingya.
Kerajaan Myanmar dalam pada itu menafikan dakwaan kekejaman dan mendakwa pihak tentera memburu militan di sebalik serangan maut ke atas pos sempadan polis.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar pada Isnin berjanji untuk mengambil tindakan "terhadap pegawai polis yang didakwa memukul penduduk kampung semasa operasi pembersihan kawasan pada 5 November di kampung Kotankauk".
Pejabat Suu Kyi menamakan empat pegawai yang terlibat dalam operasi itu termasuk konstabel Zaw Myo Htike, yang kelihatan selamba merokok menghadap kamera ketika merakam video tersebut.
"Mereka yang dikenal pasti telah ditahan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mendedahkan pegawai polis lain yang memukul penduduk kampung dalam operasi itu," katanya dalam satu kenyataan.
Puluhan video kini muncul didakwa memaparkan kekejaman pasukan keselamatan Myanmar menyeksa penduduk Rohingya, tetapi ini merupakan kali pertama kerajaan mengaku akan mengambil tindakan ke atas mereka.
Agensi
Mon Jan 02 2017
Puluhan video kini muncul didakwa memaparkan kekejaman pasukan keselamatan Myanmar menyeksa penduduk Rohingya, tetapi ini merupakan kali pertama kerajaan mengaku akan mengambil tindakan ke atas mereka. -YouTube Mir Ahmed A.B Siddiquee
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Myanmar digesa tidak halang Malaysia salur bantuan kemanusiaan
Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan halangan yang dilakukan Myanmar sebagai satu diskriminasi dan melanggar prinsip ASEAN.
Video viral: Myanmar tahan anggota polis terbabit dera penduduk Rohingya
Pengakuan itu dibuat ketika kerajaan Myanmar dituduh melindungi tindakan pasukan keselamatannya yang didakwa telah melakukan penderaan terhadap minoriti Muslim Rohingya.