awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak Salmonella dalam produk coklat menular di 11 negara - WHO

Bernama
Bernama
28/04/2022
03:30 MYT
Wabak Salmonella dalam produk coklat menular di 11 negara - WHO
Terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat "Kinder" keluaran Belgium. - Foto REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat "Kinder" keluaran Belgium.
Menurut WHO dalam satu kenyataan, kes berkaitan bakteria Salmonella Typhimurium disyaki akibat penggunaan produk coklat dan telah dilaporkan di 11 negara setakat Isnin, termasuk Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun turut terjejas dan golongan wanita mewakili 66 peratus daripada kes dilaporkan.
Sebanyak 21 kes bergejala dilaporkan, iaitu 12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan telah dimasukkan ke hospital.
Tiada kematian akibat wabak itu telah dilaporkan setakat Isnin.
Penjujukan genetik bakteria salmonella dalam makanan mencetuskan kegusaran bahawa patogen berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium.
Menurut WHO, strain wabak salmonella mempunyai daya tahan terhadap enam jenis antibiotik.
Sekurang-kurangnya 113 negara di seluruh Eropah dan global telah mengimport produk Kinder, dan amaran global telah dikeluarkan oleh Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN), program bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), pada 10 April mengakibatkan penarikan semula produk dari pasaran global.
WHO menilai risiko penyebaran di rantau Eropah dan global sebagai sederhana.
Menurut WHO, gejala salmonellosis agak ringan dan pesakit akan pulih tanpa rawatan khusus, dalam kebanyakan kes.
Bagaimanapun, risiko lebih tinggi untuk sesetengah kanak-kanak dan pesakit warga emas iaitu dehidrasi boleh menjadi semakin teruk dan mengancam nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#salmonella
#Bakteria
#coklat
#Kinder
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan