awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak selesema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis

Reuters
Reuters
03/01/2017
06:25 MYT
Wabak selesema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis
Negara itu yang merupakan pengeluar ternakan terbesar di Kesatuan Eropah telah terjejas ekoran beberapa kes wabak selesema burung semenjak setahun lalu di barat daya negara Perancis. - Gambar hiasan
Pihak berkuasa di Perancis pada Isnin mengesahkan penyebaran wabak selesema burung di bahagian pentadbiran Deux-Sevres di barat negara itu, sebuah kawasan di Perancis yang tidak terjejas oleh beberapa kes selesema burung sebelum itu.
Ujian makmal mengesahkan kehadiran wabak influenza H5N8 itu daripada burung-burung dan ladang ternakan di dua daerah terpencil berdekatan bandar di barat Niort, jelas wilayah Deux-Sevres dalam sebuah kenyataan.
Wabak H5N8 itu adalah wabak berjangkit dalam kalangan spesies burung dan telah merabak di negara-negara Eropah semenjak akhir tahun lepas. Wabak ini dikatakan tidak menjangkiti manusia.
Perancis juga telah memaklumkan terdapat lebih 80 kes selesema burung H5N8 dalam kalangan haiwan ternakan domestik. Namun kes-kes ini dikatakan berlaku di kawasan barat daya yang terletak jauh dari lokasi terjadinya kes terbaharu.
Perancis merupakan pengeluar ternakan terbesar di Kesatuan Eropah telah terjejas ekoran beberapa kes wabak selesema burung semenjak setahun lalu di barat daya negara negara itu dan memaksa pihak berkuasa menggantung proses pembiakan itik dan angsa di negara itu.
Beberapa jenis wabak selesema burung telah merebak di Asia dalam beberapa minggu lepas dan menyebabkan peyembelihan berjuta-juta burung di Korea Selatan dan Jepun dan beberapa jangkitan terhadap manusia di China.
Topic Berkaitan
#bird flu
#Influenza
#H5N8
#poultry
#France
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan