awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Walau dikecam, Indonesia tetap melaksanakan hukuman mati ke atas pesalah dadah

Agensi
Agensi
29/04/2015
01:00 MYT
Walau dikecam, Indonesia tetap melaksanakan hukuman mati ke atas pesalah dadah
Dua warga Australia Andrew Chan dan Myuran Sukumaran dihukum mati ditembak oleh skuad menembak Indonesia atas kesalahan dadah.
Walau berdepan dengan kemarahan masyarakat antarabangsa, Indonesia tetap dengan keputusannya untuk melaksanakan hukuman mati ke atas pesalah dadah warga asing di penjara kawalan Nusakambangan semalam.
Tindakan Australia itu yang turut melibatkan dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran telah menyebabkan Canberra menarik semula dutanya.
Pihak berkuasa Indonesia telah menjalankan hukuman tembak mati ke atas tujuh warga asing dan seorang rakyat Indonesia pada 1700 GMT Selasa di penjara kawalan paling ketat itu.
Sekurang-kurangnya lima ambulans kelihatan di Port City Cilacap, dipercayai membawa mayat banduan itu.
Ambulans tiba di Pelabuhan Wijaya Pura lebih daripada empat jam selepas hukuman dilaporkan.
Kenderaan itu didakwa telah berada di lokasi penjara, iaitu Pulau Nusakambangan sejak Selasa.
Kesemua banduan itu telah diberi notis 72 jam pada hujung minggu lalu mengenai hukuman yang akan dilaksanakan oleh skuad menembak.
Pada masa yang sama, hukuman terhadap seorang lagi banduan Filipina, Mary Jane Veloso, ditangguhkan selepas seorang wanita yang mengaku merekrutnya menjadi keldai dadah, menyerah diri kepada pihak berkuasa.
indonesia
indonesia
(Ambulans yang membawa mayat banduan warga asing yang dihukum tembak mati atas kesalahan dadah - AFP)
Topic Berkaitan
#Australia
#banduan
#duta
#skuad menembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan