MADRID:Seorang wanita berusia 85 tahun yang sebelum ini dikatakan sudah meninggal dunia akibat COVID-19 mengejutkan ahli keluarga dan sanak saudaranya apabila dia kembali semula ke rumah jagaan orang tua yang didiaminya, lapor Reuters.
Khabar itu sangat tidak disangka, memandangkan seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi.
Mereka telah diberitahu pihak hospital bahawa wanita itu meninggal dunia akibat COVID-19 pada 13 Januari lalu dan dikebumi pada keesokan harinya, lapor akhbar tempatan La Voz de Galicia. Disebabkan protokol yang ditetapkan pemerintah, mereka semua tidak boleh menghadiri upacara pengebumian itu.
Namun, semua salah faham itu terjadi akibat kesilapan pada daftar nama pesakit.
Kekecohan tercetus apabila Rogelia yang sudah sihat kembali mengetuk pintu rumah jagaan warga emas di Xove, utara Sepanyol, yang juga menjadi tempat istirahat suaminya, Ramon Blanco.
Ramon dilaporkan sangat teruja melihat isterinya kembali, mujur tanpa sebarang episod kejutan melampau yang menjejaskan kesihatan dirinya!
“Sukar untuk saya percaya semua ini. Puas saya menangis atas ‘kehilangan’ isteri saya,” ujar Ramon yang akhirnya mendapat tahu bahawa rakan sebilik Rogelia yang sebenarnya telah meninggal dunia.
Yayasan San Rosendo, yang menguruskan rumah jagaan itu menjelaskan, salah faham itu terjadi apabila Rogelia dan seorang lagi residen yang disahkan positif COVID-19 dipindahkan ke pusat rawatan lain pada akhir Disember lalu.
"Dua wanita itu tinggal sebilik sewaktu menerima rawatan, dan salah seorang daripadanya telah menghembuskan nafas terakhir. Namun, kesilapan proses pendaftaran sewaktu pemindahan itu yang menyebabkan pertukaran identiti,” jelas wakil yayasan itu.
Yayasan itu memohon maaf dan kesal atas kesilapan tersebut, serta menyifatkan insiden itu suatu yang tidak pernah terjadi.
Setelah insiden berkenaan, pihak mahkamah sudah dimaklumkan tentang perkara itu dan pengisytiharan kematian Rogelia diperbetulkan semula.
Agensi
Mon Jan 25 2021

Sewaktu menerima rawatan, identiti Rogelia Blanco sudah tertukar dengan rakan sebilik yang juga positif COVID-19. - Gambar hiasan

AWANI RIngkas: PM selamat tiba di Jeddah untuk lawatan rasmi

COVID-19: Ambil pengajaran daripada setiap pandemik - Bekas KP WHO
Pada fasa ini, kerjasama antarabangsa adalah satu-satunya cara untuk memerangi wabak masa depan.

Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlet pemenang pingat emas Malaysia
Unit diterima tiga atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang.

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Wanita 85 tahun kembali 'ketuk pintu' rumah jagaan selepas 10 hari diisytihar mati akibat COVID-19
Seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi.