awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita biar anak kebuluran demi tuntut wang insurans

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2023
04:10 MYT
Wanita biar anak kebuluran demi tuntut wang insurans
Mangsa telah dimasukkan ke hospital sebanyak 43 kali sejak 2018 dan dalam tempoh itu, Nawata telah menerima pampasan kira-kira 5.7 juta yen (RM182,981). - Gambar hiasan
POLIS Jepun di wilayah Osaka menahan seorang wanita kerana disyaki sengaja membiarkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun kebuluran.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan mangsa mengalami hipoglikemia ketonik dan dimasukkan ke hospital berulang kali.
Kasumi Nawata, 34, sengaja membiarkan anaknya jatuh sakit bagi membolehkannya menuntut pampasan daripada syarikat insurans selain membolehkannya menerima bantuan kewangan.
Lapor akhbar Yomiuri Shimbun, mangsa telah dimasukkan ke hospital sebanyak 43 kali sejak 2018 dan dalam tempoh itu, Nawata telah menerima pampasan kira-kira 5.7 juta yen (RM182,981).
Menurut kenyataan polis, mangsa langsung tidak diberikan makanan apabila berada di rumah dan hanya menjamah makanan yang disediakan pihak sekolah ketika waktu rehat.
Pada 5 Februari lalu, seorang jururawat di hospital tempat mangsa dirawat terdengar perbualan budak perempuan itu dengan ibunya menerusi pembesar suara di telefon bimbit.
Menerusi perbualan ringkas itu, Nawata meminta anaknya supaya tidak menyentuh makanan disediakan hospital dan berbaring sepanjang masa.
Dalam kes hipoglikemia ketonik (keadaan ketika kadar gula dalam darah berada di bawah paras normal) yang berpunca daripada puasa berpanjangan, pesakit boleh mengalami gejala seperti kekejangan dan muntah serta hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak.
Difahamkan kesihatan mangsa yang dirujuk ke jabatan kebajikan kini dalam keadaan stabil.
Polis mengesyaki Nawata membelanjakan wang pampasan tersebut untuk makan di restoran dan rawatan di salon kecantikan. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#biar anak kebuluran
#wang insurans
#Jepun
#ibu biar anak kelaparan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan