awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dipenjara kerana rakam perbualan lucah majikan yang mengganggunya, akhirnya dibebaskan

Agensi
Agensi
25/07/2019
11:22 MYT
Wanita dipenjara kerana rakam perbualan lucah majikan yang mengganggunya, akhirnya dibebaskan
BAIQ: Jika ada wanita yang menderita seperti saya, jangan takut untuk bersuara! - Reuters
Parlimen Indonesia pada Khamis meluluskan pengampunan ke atas wanita yang dihukum penjara selepas dia 'didapati bersalah’ kerana merakam panggilan telefon majikannya yang berunsur gangguan seksual.
Baiq Nuril Maknun, seorang guru di Pulau Lombok, pada tahun 2012 pernah membawa rakaman itu untuk membuat laporan kepada pihak polis tentang gangguan daripada majikannya, yang juga guru besar sekolah.
Rakaman kata-kata lucah yang dapat dirakam menggunakan alat elektronik itu telah diberikan kepada pihak ketiga, seterusnya membuatkan guru besar itu kehilangan kerja.
Pada 2015, bekas guru besar itu kembali untuk melaporkan pula tindakan mangsa yang mengedar rakaman tersebut, yang dikatakan sebagai satu kesalahan kerana ‘mengedar bahan lucah secara elektronik’.
Walaupun kes itu pada awalnya diketepikan oleh mahkamah rendah, pihak pendakwa raya yang mewakili bekas guru besar itu telah membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi. Akibatnya, Baiq Nuril dihukum penjara enam bulan dan didenda 500 juta Rupiah (RM147,200).
Kes itu membuatkan para aktivis hak asasi berang kerana kesilapan mengadili kes seumpamanya hanya akan membuatkan ramai mangsa gangguan seksual lain takut untuk bersuara.
Reuters melaporkan, Presiden Joko Widodo akhirnya memberikan pengampunan kepada Baiq Nuril selepas wanita itu hampir berputus asa untuk mendapatkan pembelaan undang-undang terhadap dirinya.
Kelulusan Parlimen itu membuatkan kes itu liputan meluas dan pujian ramai, lebih-lebih lagi apabila melihat ibu kepada tiga anak itu menitiskan air mata kesyukuran, menutup wajahnya dengan dua tangan seterusnya sujud ke lantai.
Seorang Ahli Parlimen, Erma Suryani Ranik, yang membacakan keputusan kes tersebut berkata: “Baiq Nuril ialah mangsa yang sebenar, bukan pelakunya”.
Kes gangguan seksual berprofil tinggi di Indonesia adakalanya menyaksikan pusingan nasib yang tidak adil apabila beberapa mangsa boleh didenda hanya kerana menyuarakan hak mereka.
Baiq Nuril yang ditemui media sempat menitipkan pesan: “Jika ada wanita yang menderita seperti saya, jangan takut untuk bersuara!”
Topic Berkaitan
#baiq nuril maknun
#gangguan seksual
#hak asasi
#Jakarta
#kes mahkamah
#mangsa
#pencabulan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan