SEOUL: Kementerian Kehakiman Korea Selatan mengekstradisi seorang wanita ke New Zealand selepas dia ditahan berhubung penemuan mayat dua anaknya dalam beg pakaian awal tahun ini.
Warganegara New Zealand berketurunan Korea berusia 42 tahun itu, yang dikenal pasti dengan nama keluarganya Lee, diserahkan kepada pihak berkuasa New Zealand pada petang Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, bersama-sama bukti yang dirampas oleh polis, lapor agensi berita Yonhap yang memetik pegawai kementerian kehakiman.
Lee ialah suspek utama dalam kematian dua anaknya, yang mayat mereka ditemui dalam beg pakaian yang dijual di lelongan di Auckland pada Ogos. Polis Korea Selatan menahannya di tenggara bandar Ulsan pada pertengahan September atas permintaan polis New Zealand.
Awal bulan ini, mahkamah Seoul meluluskan ekstradisi ke atas suspek, lapornya.
Kanak-kanak itu yang masing-masing berusia 7 dan 10 tahun dipercayai dibunuh pada 2018. Media tempatan melaporkan bapa mereka meninggal dunia akibat kanser sebelum kedua-dua kanak-kanak itu dibunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Lee ialah suspek utama dalam kematian dua anaknya, yang mayat mereka ditemui dalam beg pakaian yang dijual di lelongan di Auckland pada Ogos. - Fail/AP
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Wanita suspek pembunuhan 'beg pakaian' diekstradisi ke New Zealand
Kementerian Kehakiman Korea Selatan mengekstradisi seorang wanita ke New Zealand selepas dia ditahan berhubung penemuan mayat dua anaknya dalam beg pakaian awal tahun ini.