NEW YORK: Seorang pelanggan di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman selepas mendakwa salad yang dibelinya turut mengandungi 'menu tambahan' iaitu jari dipercayai milik pengurus restoran.
Menerusi tuntutan undang-undang dikemukakan Allison Cozzi dari Greenwich, Connecticut pada awal minggu lalu, dia menjelaskan 'hidangan tercemar' itu dibeli dari rantaian Chopt di Mount Kisco, New York pada 7 April lalu.
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.
"Pengurus restoran itu terpotong jari telunjuknya secara tidak sengaja ketika mencincang arugula.
"Individu itu kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital, namun arugula sudah tercemar itu tetap dijual kepada pelanggan termasuk Cozzi," jelas kandungan surat saman itu lagi.
Cozzi menjelaskan dia turut mengalami kesan trauma seperti serangan panik, migrain, gangguan kognitif, loya, pening, sakit leher dan bahu akibat memakan salad yang tercemar.
Susulan itu, wanita tersebut telah menuntut sejumlah ganti rugi yang tidak dinyatakan.
Rekod Jabatan Kesihatan Daerah Westchester menunjukkan Chopt telah didenda sebanyak AS$900 (RM4,187).
Difahamkan, Chopt Creative Salad Co mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh timur AS. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Nov 30 2023
Seorang wanita memfailkan saman selepas mendakwa salad yang dibelinya turut mengandungi jari dipercayai milik pengurus restoran. - Foto agensi
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Wanita trauma termakan cebisan jari dalam salad
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.
Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak dilaporkan pada Rabu lalu, hanya dua kes kematian masih kekal akibat kes keracunan berkenaan.
Singapura larang import sejenis salad dari Malaysia kerana dicemari racun serangga - Laporan
Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini.
KKM minta penjualan produk salad dihentikan serta merta
AVA mengarahkan produk lettuce jenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil.
'Salad gunting': Netizen prihatin tahap penguasaan bahasa Inggeris
Gambar menu yang dimuat naik Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee di akaun Facebook menjadi viral dan menjadi bahan jenaka pengguna di laman sosial.