KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan punca kematian seorang warga emas selepas sehari divaksin adalah disebabkan penyakit jantung iskemia (ischaemic heart disease).
Hasil bedah siasat mendapati wanita berusia 72 tahun itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan terhadap vaksin.
MOH membuat kenyataan itu pada Sabtu sebagai menjawab soalan media mengenai kematian wanita tersebut di Hospital Besar Sengkang pada 4 Jun lalu.
Katanya, pesakit itu telah menerima rawatan di jabatan kecemasan hospital awam berkenaan yang telah berusaha menyelamatkannya tetapi tidak berjaya.
"Oleh kerana punca kematian tidak dapat dipastikan, kes dirujuk ke koroner untuk siasatan lanjut.
"Pihak koroner mengesahkan punca kematian adalah penyakit jantung iskemia," menurut pihak hospital.
MOH menjelaskan, sebagaimana prosedur standard, wanita itu telah dinilai oleh petugas kesihatan yang terlatih sebelum menerima vaksin COVID-19.
Dia juga dipantau dalam tempoh 30 minit selepas vaksinasi dan berada dalam keadaan baik pada ketika itu.
Anaknya telah membangkitkan persoalan mengenai kes ibunya menerusi hantaran di Facebook yang kini tular.
Katanya, ibunya menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada 3 Jun dan tidak mengalami sebarang masalah kecuali rasa sakit kesan cucuk di lengan.
"Tetapi, dia tumbang sekitar jam 7.15 malam pada 4 Jun dan dibawa dengan ambulans ke jabatan kecemasan Hospital Besar Sengkang, di mana dia meninggal sekitar jam 9 malam," katanya.
Hospital menyatakan, pihaknya telah menghubungi keluarga terbabit dan akan memberi lebih perincian mengenai dapatannya dalam kes tersebut.
Astro Awani
Sat Jun 19 2021
MOH berkata, wanita itu dinilai oleh petugas kesihatan yang terlatih sebelum menerima vaksin COVID-19 dan dipantau selama 30 minit selepas vaksinasi dan didapati berada dalam keadaan baik ketika itu. - Gambar hiasan
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.
Vaksin COVID-19: FDA lulus penuh Pfizer untuk usia 12-15 tahun
Vaksin itu sebelum ini mendapat kelulusan kecemasan bagi kumpulan umur berkenaan sejak Mei 2021.
Vaksin COVID-19: Kanak-kanak bawah lima tahun terima suntikan
Rata-rata menyambut baik keputusan tersebut dengan ibu-bapa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi.
Vaksin COVID-19: AS mula suntik kanak-kanak bawah 5 tahun 21 Jun ini
Kerajaan persekutuan akan menyediakan 10 juta vaksin kepada pihak berkuasa negeri dan tempatan untuk memulakan vaksinasi meluas.
Vaksin COVID-19: Pfizer didapati selamat untuk kanak-kanak bawah 5 tahun
Berdasarkan ujian klinikal terbaharu, keberkesanan vaksin bagi tiga dos adalah pada kadar 80.3 peratus.
COVID-19 : Vaksin mRNA China sasar Omicron jalani ujian di UAE
Syarikat Suzhou Abogen Biosciences Co Ltd menyertai Pfizer-BioNTech dan Moderna dalam menguji calon vaksin yang diubah suai secara khusus menentang Omicron.
Vaksin COVID-19: Dos penggalak tingkat perlindungan terhadap Omicron - Pfizer
Analisis serum darah 30 kanak-kanak yang menerima dos penggalak menunjukkan peningkatan 36 kali ganda dalam antibodi peneutral Omicron.
Pfizer, BioNTech mohon kebenaran FDA untuk dos penggalak kedua
FDA berkata ia akan menyemak permintaan Pfizer dan BioNTech "secepat mungkin menggunakan pendekatan menyeluruh dan berasaskan sains."
Ibu bapa perlu sasarkan kerisauan kepada jangkitan COVID-19, bukan vaksin
Rata-rata ibu bapa memberi alasan tidak mahu anak mereka diperlakukan seperti "tikus makmal".
PICKids Pahang bermula Isnin
Buat permulaan hanya satu jenis vaksin sahaja yang ditawarkan iaitu Corminaty (Pfizer-BioNTech) dos kanak-kanak.