SINGAPURA: Seorang pemandu bas rakyat Malaysia, Mangalagiri Dhruva Kumar yang berdepan tuduhan jenayah mengedar dadah, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Singapura, hari ini.
Menurut kes pendakwa, pada 16 Mei 2014, dia menyerahkan sebuah beg mengandungi tidak kurang daripada 22.73 gram diamorfin kepada seorang wanita, Shanti Krishnan yang kemudiannya menyerahkan pula beg itu kepada seorang lagi lelaki, Zainudin Mohamed.
Dalam penghakiman bertulis, Hakim Valerie Thean antara lain berkata, satu-satunya bukti bahawa Mangalagiri membekalkan dadah itu adalah menerusi keterangan Shanti.
Thean berkata, Shanti bagaimanapun tidak dapat mengingat dengan baik pelbagai kejadian berkaitan dengan transaksi itu.
Kenyataan wanita itu juga didapati menyimpang daripada keterangannya pada 20 Mei dan 24 Mei, empat dan lapan hari selepas kesalahan berkenaan, katanya.
"Pada penilaian saya, kesalahan tertuduh yang dibina di atas pertuduhan sedemikian tidak dapat dibuktikan melangkaui batas keraguan.
"Dengan itu, saya membebaskan tertuduh atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya," kata hakim itu.
Menurut laporan pada Mac 2019, Mangalagiri, yang dihukum penjara 26 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku salah mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi, mendapat peluang kedua untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan itu.
Ia selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya dan menghantar kembali kes berkenaan untuk dibicarakan semula oleh hakim Mahkamah Tinggi lain.
Laporan itu menyatakan, dia mengubah fikiran dan mahu menarik balik pengakuan bersalah, sejurus sebelum dia dijatuhkan hukuman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Thean berkata, Shanti bagaimanapun tidak dapat mengingat dengan baik pelbagai kejadian berkaitan dengan transaksi itu. - Gambar hiasan/ Facebook@HawdandReserve
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.