DUNIA
Wartawan antara mangsa korban serangan udara Israel di Gaza
Bapa kepada wartawan tersebut menafikan dakwaan tentera Israel telah memberi amaran sebelum serangan udara dilancarkan. - REUTERS/Ahmed Jadallah
SERANGAN udara terbaharu tentera Israel mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di semenanjung Gaza pada Rabu.
Antaranya seorang wartawan dari stesen radio Al-Aqsa, lapor beberapa agensi berita di Gaza.
Bapa kepada wartawan tersebut menafikan dakwaan tentera Israel telah memberi amaran sebelum serangan udara dilancarkan.
Setakat ini, angka korban rakyat Palestin meningkat kepada sekurang-kurangnya 219 orang, termasuk 63 kanak-kanak dan 36 wanita.
Seramai 1,530 yang lain cedera akibat serangan udara rejim Zionis.
Menurut Hamas dan beberapa kumpulan pejuang, sekurang-kurangnya 20 anggota mereka turut terkorban.
Serangan mula dilancarkan 10 Mei lalu selepas puluhan keluarga Palestin diugut supaya meninggalkan kediaman mereka di kawasan perumahan Sheikh Jarrah.

#Hamas
#Israel
#Gaza
#Zionis
#Palestin
#tentera
#mangsa
#terkorban
#angka korban meningkat
#wartawan maut